PEMBERIAN HEBAT ‘GREAT GIVEAWAY’ SURIA KLCC KINI BERMULA

Penebusan ganjaran lebih mudah, selamat dan lancar melalui ‘Mesin Angkup Layandiri Tanpa Sentuh’ yang Pertama di Malaysia

Kuala Lumpur, 19 Mac 2021 – Bermula sekarang hingga 4 April 2021, pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM150 dalam satu resit di mana-mana kedai khas di Suria KLCC akan menerima ganjaran sempena kempen ‘The Great Giveaway’.

Kempen ‘The Great Giveaway’ membuka peluang setiap hari kepada pelanggan bertuah untuk membawa pulang hadiah utama yang merupakan baucar membeli-belah Suria KLCC bernilai RM5,000. Manakala dua lagi pelanggan akan menerima hadiah menarik bernilai RM2,500 setiap hari dari jenama Versace La Mer, Dyson, Tissot, Mont Blanc, Royal Selangor, Machines, Bulgari dan Bose Store oleh Flash Gadgets.

Untuk menceriakan lagi kempen ini, Suria KLCC akan memperkenalkan Mesin Angkup Layandiri Tanpa Sentuh (Contactless Claw Vending Machine) yang pertama di Malaysia. Mesin angkup layandiri yang diperkenalkan Suria KLCC ini mempunyai keunikan teknologi dimana pelanggan hanya perlu menggunakan telefon pintar mereka untuk mengemudi tanpa menyentuh mesin tersebut secara fizikal.

Tanpa perlu sentuhan fizikal, pelanggan berupaya mengawal dan mengemudi angkup tersebut dalam jarak 2 meter hanya dengan mengimbas kod QR untuk memperoleh akses alat kawalan maya melalui telefon pintar masing-masing. Kandungan sfera yang berjaya diangkup menjadi penentu pemenang bertuah RM5,000 baucar membeli belah Suria KLCC atau hadiah-hadiah menarik lain bernilai sehingga RM2,500.

“Untuk kempen kali ini, Suria KLCC memperkenalkan Mesin Angkup Layandiri pertama di Malaysia yang menawarkan keupayaan penggunaan tanpa sentuh sejajar dengah inisiatif Suria KLCC untuk menyediakan kemudahan, keselamatan dan pengalaman lancar serta selesa kepada para pelanggan kami,” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Mesra Mall, Terengganu

Manakala di Terengganu pula, Mesra Mall akan mengadakan kempen ganjaran yang menarik untuk para pelanggan dari 21 Mac hingga 10 April 2021 melalui kempen ‘You Spend, We Reward’ (Anda Berbelanja, Kami Beri Ganjaran).

“Kami begitu teruja untuk melancarkan kempen ‘You Spend, We Reward’ dimana para pembeli
akan menerima ganjaran merupakan hadiah-hadiah menarik untuk menjadikan pengalaman membeli-belah mereka lebih mengujakan. Ianya juga akan menjadi landasan terbaik sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri,” menurut Brien.

Hanya dengan berbelanja RM200 atau lebih dalam 2 resit di mana-mana kedai khas di Mesra Mall, pelanggan boleh menebus set ekslusif dari The Body Shop sementara stok masih ada. Mereka juga secara otomatik layak untuk mencuba Cabutan Bertuah Mingguan. Selain itu, 10 pelanggan pertama yang menebus ganjaran setiap Ahad dan Isnin akan menerima baucar tunai Nando’s bernilai RM30.

Untuk setiap Cabutan Bertuah Mingguan, pembeli akan membuat cabutan untuk menentukanbaucar tunai yang dimenangi samada daripada Pierre Cardin, Rasa Sayang atau Siti Khadijah yang bernilai RM1,000. Cabutan mingguan akan diadakan pada pukul 3 petang pada 28 Mac, 4 April dan 11 April 2021 di Centre Court.

Untuk info lanjut, layari:

Suria KLCCwww.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

Mesra Mall www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall/