Sembunyikan Kanak-kanak dan Isteri Anda: Musim 2 KL Gangster: Underworld Kembali dengan Siaran Eksklusif di WeTV!

Kuala Lumpur, 10 Disember – Gang Kampung telah kembali mengujakan semua peminat! Diterbitkan oleh Skop Productions di bawah arahan Khairul Azri dan Faisal ishak, Musim 2 francais popular KL Gangster: Underworld bakal disiarkan pada 10 Disember, dan boleh dinikmati oleh semua rakyat Malaysia secara eksklusif di WeTV. Dibintangi Beto Kusyairy, Dynas Mokhtar, Ezzaty Abdullah, Amerul Affendi, siri ini bukan sahaja menampilkan lebih keganasan dan pengkhianatan, tetapi juga berlatarkan lokasi-lokasi ikonik di Malaysia!

Saksikan aksi Shah dengan keluarganya di KL selepas pelbagai kejadian dalam musim 1 serta pergelutan yang semakin bermaharajalela dalam kandungan Original WeTV terbaharu ini. Musim 2 memaparkan pertempuran ganas antara kumpulan gangster yang paling digeruni di KL, di mana watak-watak utama dan sekutu mereka perlu merungkai motif musuh mereka bagi mempertahankan nyawa! Pertempuran yang berlaku dalam episod terakhir musim 1 meninggalkan jantung penonton berdebar kencang dan kini, mereka bakal disajikan dengan lebih babak yang sarat dengan aksi dalam Musim 2! Untuk menonton trailer, rujuk sini.

“Saya berbesar hati kerana berpeluang bergandingan dengan Khairul Azri dan Faisal Ishak yang berjaya menghidupkan idea untuk siri terkenal ini. Bagi saya, siri KLGU kali ini benar-benar mencabar kekuatan mental dan fizikal saya sebagai pelakon, terutamanya koreografi babak pergaduhannya yang telah membantu mempertingkatkan lagi kemahiran saya. Siri KL Gangster telah menjadi sebutan ramai sejak dilancarkan buat julung kali pada tahun 2011. Menampilkan latar belakang dan jalan cerita yang hebat, ia kekal menjadi antara francais yang paling popular di tanah air. Saya berasa amat teruja untuk menghidupkan salah satu watak utama dalam tajuk yang terulung ini. Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah mencurahkan masa dan tenaga bagi menjayakan siri ini, dan saya berharap untuk bekerjasama dengan mereka lagi pada masa depan,” kongsi pelakon utama, Beto Kusyairy.

Musim 2 KL Gangster: Underworld dikatakan sebagai antara siri yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2020, akan terus merintis jalan bagi bakat tempatan untuk menyerlahkan kemahiran dan kepakaran mereka kepada penonton di Malaysia dan luar negara. WeTV berharap untuk memupuk lebih ramai artis tempatan, bagi membuktikan Malaysia juga mampu menghasilkan program yang bermutu tinggi secara konsisten. Daripada siri aksi seperti Polis Evo sehinggalah drama-drama romantik seperti Nur Kasih, perkhidmatan pentsriman WeTV berazam meningkatkan kedudukannya dengan menyajikan kandungan Original WeTV buat julung kali, selain rancangan-rancangan popular yang sedia ada seperti KL Special Force, Arus Merah, dan Alam Puaka, untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia dan semua penonton di rantau ini.

Visi WeTV untuk masa depan adalah untuk meningkatkan nama Malaysia, bukan hanya untuk filem dan rancangannya yang bermutu tinggi tetapi juga artis-artis hebat yang telah kami pupuk. KL Gangster: Underworld merupakan antara penerbitan tempatan yang akan disajikan secara eksklusif di platform WeTV. Malahan, ia merupakan satu jenama ‘Buatan Malaysia’ yang amat kami banggakan,” kata Aik Kuang Heng, Pengurus Negara WeTV Malaysia. “Berbekalkan KL Gangster: Underworld dalam koleksi tajuk kami, kami sangat teruja untuk membawa kandungan tempatan yang lebih hebat kepada penonton di Malaysia pada masa depan,” tambah beliau.

Ikuti aksi Shah dan Gang Kampung Baru secara eksklusif di WeTV bermula 10 dan 11 Disember, diikuti dengan episod-episod seterusnya pada setiap Khamis dan Jumaat sepanjang Disember ini. Musim 2 KL Gangster: Underworld merupakan antara pelancaran yang terbesar untuk tahun ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari wetv.vip/ atau memuat turun aplikasi platform ini dari Apple Store untuk pengguna iOS serta Google Play Store untuk pengguna Android.

About WeTV

WeTV is a streaming service that sees the creation of premier video-on-demand (VOD) and over-the-top (OTT) local content providers in Southeast Asia. The streaming service provides content from around the region, inclusive of selected Malaysian, Chinese, Indonesian and Korean series and movies. Operating as a freemium service, the basic features and most shows can be accessed for free while for an ad-free service with more premium content can be accessed for a small fee. WeTV can be accessed on your browser at wetv.vip/, or on the application available on Apple Store for iOS users and the Google Play Store for Android users.