Lebih 900 Peserta Wanita Menyertai Peningkatan Kemahiran Melalui Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®

MAGGI®akan meneruskan bengkel pada tahun 2021 untuk meningkatkan kemahiran lebih ramai wanita B40.

  • Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® bertujuan menambah baik dan meningkatkan kemahiran wanita dengan membina keyakinan diri, kemahiran digital dan keusahawanan serta kemahiran memasak.
  • Usahawan yang berjaya seperti Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris berkongsi pengalaman serta nasihat semasa bengkel dalam talian sebagai sebahagian daripada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®

PETALING JAYA, 13 NOVEMBER, 2020MAGGI® menyaksikan seramai 905 orang wanita tempatan menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® selama tiga hari yang bertujuan menyampaikan pengetahuan dan pandangan dalam bidang peningkatan keyakinan diri, kemahiran digital dan keusahawanan serta kemahiran memasak. Tiga orang mentee akan dipilih dari kalangan peserta bengkel untuk menerima bimbingan peribadi bersama usahawan dan personaliti yang berjaya seperti Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI®CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place Sheila Rusly; dan Ikon Usahawan Muda Tahun 2019 dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris.

Beberapa siri bengkel dalam talian telah diadakan pada bulan September dan Oktober sejurus selepas pelancaran Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® baru-baru ini, yang merupakan sebuah program di seluruh negara anjuran MAGGI®dengan kerjasama Google Malaysia melalui Women Will, sebuah program Grow with Google. Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® terdiri daripada dua komponen yang meliputi siri bengkel dalam talian dan program mentor peribadi.

Menerusi Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® yang berlangsung selama tiga hari, para peserta mempelajari cara untuk meningkatkan kesedaran peribadi, membina keyakinan diri serta meningkatkan kemahiran komunikasi termasuk secara lisan dan juga bertulis seperti cara mengarang e-mel dengan lebih berkesan. Menerusi kerjasama dengan Google Malaysia, para peserta mempelajari cara memulakan perniagaan dengan menggunakan platform dan peralatan Google serta pengurusan dokumen bagi meningkatkan kecekapan perniagaan mereka. Para peserta turut diberikan petua pemasaran produk dan perkhidmatan mereka dengan lebih berkesan apabila menggunakan platform digital serta cara untuk menguruskan aspek kewangan perniagaan dengan lebih cekap. Seterusnya, para peserta juga diberi peluang untuk mempelajari kemahiran memasak yang baharu oleh Chef MAGGI® , Chef Muluk. Beliau turut membimbing peserta tentang keselamatan makanan, penyediaan makanan dan proses penyimpanan serta cara untuk menyediakan makanan dalam jumlah yang banyak bagi mencapai skala ekonomi.

Menurut Geetha K Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad, “Sokongan daripada masyarakat adalah penting untuk kami, terutamanya pada tempoh yang kritikal seperti sekarang di mana banyak keluarga yang terjejas disebabkan oleh pandemik COVID-19. Program Mentor Wanita Cukup Berani, MAGGI®  berhasrat untuk memperkasakan dan memberi inspirasi kepada wanita untuk mencapai keyakinan diri supaya mereka lebih berani   meneroka bidang baharu, sama ada dalam kehidupan, perniagaan atau masakan! Bengkel dalam talian menyampaikan pelbagai kemahiran keusahawanan seperti cara untuk memanfaatkan platform atau alat digital untuk meningkatkan kecekapan perniagaan dan meluaskan lagi capaian pemasaran produk dan perkhidmatan. Chef MAGGI® kami turut berkongsi petua masakan yang berguna dengan para peserta.

“MAGGI®berhasrat untuk membawa impak kepada lebih ramai wanita terutamanya dari kumpulan B40 dan pada masa yang sama mengembangkan modul-modul yang sesuai untuk memenuhi keperluan komuniti ini yang sentiasa berubah. Siri bengkel dalam talian ini akan diteruskan sehingga tahun 2021,” tambah Geetha.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI® telah menerima maklum balas yang menggalakkan daripada para peserta dengan kebanyakan mereka mahu menyahut cabaran untuk memulakan perniagaan sendiri, terutamanya semasa tempoh yang mencabar di tengah-tengah pandemik COVID-19 sekarang bagi menjamin kedudukan kewangan mereka serta keluarga.

“Saya tidak begitu berpengalaman dalam menjalankan perniagaan. Selepas menyertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI®, saya belajar pelbagai petua yang berguna tentang cara meningkatkan kemahiran keusahawanan, bagaimana untuk meluaskan capaian pelanggan dan menguruskan aspek kewangan perniagaan dengan lebih baik lagi. Sudah tentu saya akan menggunakan pengetahuan yang dipelajari ini untuk fasa perniagaan saya yang seterusnya,” kata Afzuzilla Binti Mislan, 33 tahun, yang merupakan seorang suri rumah dan juga usahawan.

This image has an empty alt attribute; its file name is Mentors-of-Program-Mentor-WCB-Maggi-L-R-Sheila-Eina-Anne-2-1024x683.jpg
Usahawan yang berjaya seperti Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris berkongsi pengalaman serta nasihat semasa bengkel dalam talian sebagai sebahagian daripada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®


Tiga orang mentor Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® – Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris – turut berkongsi pengalaman peribadi dan nasihat mereka semasa bengkel dalam talian.

“Memasak sebenarnya bukan susah. Saya memasak tanpa menggunakan sebarang sukatan. Apa yang penting ialah masakan saya memenuhi selera keluarga saya. Begitu jugalah dengan perniagaan makanan. Kita perlu memenuhi keperluan dan kehendak para pelanggan. Kita tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baharu termasuklah resipi yang baharu. Kita tidak akan tahu hasilnya selagi kita tidak mencuba terlebih dahulu,” kata Aktres, Usahawan, Penggemar Makanan dan Duta Jenama MAGGI® CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman.

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® adalah sebahagian daripada kempen Tak Kenal Tak Cinta oleh MAGGI® CukupRasa yang dilancarkan pada bulan Ogos 2019 bagi meraikan para wanita yang mengambil langkah pertama untuk mencuba sesuatu yang baharu. Kempen ini selaras dengan hasrat syarikat induknya, Nestlé Malaysia, yang menyokong kepelbagaian dan keterlibatan serta menggalakkan para wanita daripada seluruh lapisan masyarakat untuk keluar dari zon selesa mereka dan mencuba sesuatu yang baharu dan menyedari keupayaan sebenar diri masing-masing. Kaya dengan kisah sebenar kehidupan, video kempen (youtube.com/watch?v=WpUuTiAzEZs) menampilkan tiga orang wanita Malaysia yang berjaya mengatasi cabaran hidup dengan berani mencuba sesuatu yang baharu yang akhirnya membawa perubahan positif dalam kehidupan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, sila layari maggi.com.my/takkenaltakcinta

Tentang MAGGI®
MAGGI® adalah satu jenama global yang telah menjadi nama terkemuka di Malaysia. Misi terasnya adalah untuk mewujudkan detik-detik sajian enak yang merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Melalui rangkaian produk dan makanannya yang luas, MAGGI® membantu para ibu untuk menyediakan sajian yang enak dan seimbang bagi keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited dalam memenuhi segenap keperluan penyedia makanan, menyediakan produk dan idea baharu yang terus kekal menggembirakan dan memberi inspirasi kepada keluarga di Malaysia tentang kebaikan buatan sendiri di rumah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati www.maggi.com.my atau laman Facebook kami di http://www.facebook.com/MaggiMalaysia

Tentang Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 191 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Nestlé juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji Nestlé untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha Nestlé menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia