FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!

Menurut Thenappan pula, antara idea-idea yang diciplak oleh Parasite dari filemnya ialah kasta miskin dan kaya, dan plot yang melibatkan satu keluarga yang miskin yang berkerja untuk sebuah keluarga yang kaya tapi merahsiakan hubungan masing-masing. Thenappan kini sedang dalam proses mengupah seorang peguam antarabangsa untuk mengambil tindakan yang selanjutnya iaitu menyaman penerbit filem Parasite. Parasite arahan Bong Joon-Ho berkisarkan Ki-taek dan ahli keluarganya yang menganggur. Selepas mereka mendapat kerja di kediaman keluarga Park yang kaya dan terkenal dengan cara menipu dan sungguh keji, mereka berdepan dengan satu keadaan yang amat tidak diduga. Bagi Bong pula, inpirasi menghasilkan filem Parasite datang dari sebuah filem ‘domestic Gothic’ klasik Korea bertajuk The Housemaid yang telah tayang pada tahun 1960 lagi. Jadi, bolehkah kita kata Minsara Kanna yang sebenarnya menciplak filem The Housemaid? Gotcha!]]>

Leave a Reply

Your email address will not be published.