PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!

Dengarkan: No Time To Die, entri terkini 007 kali ini mengisahkan tentang James Bond yang kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya. Lakonan Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Léa Seydoux, Rory Kinnear, Ben Whishaw, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Lashana Lynch, Billy Magnussen dan pemenang Oscar, Rami Malek, ia diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga. Di pawagam 9 April ini edaran United International Pictures. ]]>

Leave a Reply

Your email address will not be published.