BLACK AS YOUR SOUL!: TRENT REZNOR (NINE INCH NAILS) BAKAL BIKIN SKOR MUZIK UNTUK FILEM PIXAR

Soul yang bakal tayang pada 19 Jun 2020 ini berkisar tentang seorang guru muzik (Foxx) yang harus melakukan pencarian eksistensial sebelum dapat mencapai impiannya bermain muzik di kelab jazz New York, The Blue Note. Sebelum menyiapkan Soul, Reznor dan Ross bakal tampil dengan beberapa kerja muzik mereka untuk siri televisyen HBO, Watchmen pada Oktober ini, filem drama Waves dari studio A24 dan sebuah filem berdasarkan novel thriller, The Woman in the Window lakonan Amy Adams, Julianne Moore dan Gary Oldman.]]>