PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU

“Kami sentiasa percaya bahawa minat dan kecintaan mendalam akan menjadikan semuanya lebih istimewa. Durian Cheese Pizza mengetengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian piza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia,” ujar Loi Liang Tok. “Hidangan ini akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak di mana deria rasa anda bakal meneroka kawasan yang belum pernah dikunjungi sebelum ini, menerusi kombinasi rasa durian, keju dan piza. Sepertimana diketahui, durian memberi letusan rasa berkrim di setiap gigitan yang membuatkan anda berasa ‘sedap tak terkata’,” tambah beliau. Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut. Nikmati kelazatan Durian Cheese Pizza bermula RM44.50 à la carte. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.]]>