Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia: Animas Kesal

Laporan Berita Harian mengenai Doraemon mempromosi Tahun Melawat Malaysia[/caption] Malaysia tidak kurang hebat dengan watak animasi sedia ada, antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboi Boy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain lain yang pernah dan yang masih digemari penonton. Animas tidak membantah secara total mana mana usaha mempromosi negara dan pelancongan melalui tarikan animasi luar seperti Doraemon ini, apatah lagi ia memang digemari ramai. Namun kami juga mengharapkan karya tempatan dapat dibariskan bersekali atas sifat silang budaya selain menjulang kreativiti tempatan kepada khalayak antarabangsa. Tahun Melawat Malaysia adalah juga medan menzahirkan budaya kita kepada pelancong dari pelbagai pelosok dunia. Persatuan Animasi Malaysia (Animas) 23 April 2019]]>