PropertyGuru Meningkatkan Peluang Pinjaman Perumahan Di Malaysia Dengan ‘PropertyGuru Home Loan Pre-approval’

Inovasi FinTech terkini yang membantu menyelesaikan penolakan pinjaman bagi pembeli rumah Kuala Lumpur, 5 April 2019 – PropertyGuru, pasaran hartanah terkemuka di Malaysia telah melancarkan ‘PropertyGuru Home Loan Pre-Approval’ hari ini dalam usaha untuk menangani isu penolakan pinjaman dan pemilikan rumah di negara ini di bawah ‘Own Your Home Programme’. Kelulusan pinjaman rumah kekal cabaran utama bagi banyak pembeli rumah, dengan kadar penolakan yang masih tinggi sehingga hari ini. Hal ini berterusan walaupun kajian yang dilakukan oleh PropertyGuru menunjukkan 92% rakyat Malaysia menyatakan mereka berminat untuk membeli hartanah. Kadar penolakan nilai pinjaman perumahan hampir mencapai 60% untuk tahun lepas mengikut Bank Negara Malaysia. Ini memberi kesan kepada aspirasi rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah sendiri. Bukan itu sahaja, dengan anggaran 43,219 unit kediaman bernilai RM29 bilion yang tidak terjual di seluruh negara sehingga 3Q2018, pemaju dan ejen hartanah di Malaysia turut terasa kesannya. Pada suku yang sama, empat daripada lima pemaju utama negara berdasarkan permodalan mencatatkan pendapatan tahun ke tahun yang lebih rendah. Hal ini merangkumi pengurangan marginal sehinggalah penurunan 93.17%. Di samping itu, Institut Ejen Hartanah Malaysia melaporkan bahawa jumlah urus niaga pada tahun 2017 adalah sebanyak 311,824, angka ini jauh lebih kurang berbanding 430,400 yang dicatat pada tahun 2011. Apabila pihak bank dan institusi kewangan diminta untuk memberi penjelasan tentang sebab utama di sebalik kadar penolakan pinjaman rumah yang tinggi, kebanyakan mereka menyatakan bahawa kekurangan pengetahuan tentang kelayakan pinjaman di kalangan pembeli rumah sering menjadi kebimbangan utama. Sheldon Fernandez, Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia mengulas, “Bagi menangani jurang ini, PropertyGuru telah menyatukan para pemain utama dalam industri, sambil menggunakan kepakaran asasnya sebagai sebuah syarikat teknologi hartanah inovatif, berserta data pemilikan dan pengetahuan hartanah setempat, untuk melancarkan PropertyGuru Home Loan Pre-Approval. Suatu penyelesaian teknologi kewangan atau FinTech yang bernas dengan pelbagai faedah bagi pembeli, pemaju dan ejen hartanah, PropertyGuru Home Loan Pre-Approval membolehkan rakyat Malaysia meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan pinjaman perumahan, selaras dengan agenda perumahan negara. Hal ini dapat dilakukan kerana ianya memberikan ketepatan sehingga 99.9% bagi jumlah pinjaman perumahan Pre-Approval yang mereka layak. Kemudiannya, dengan segera ia dapat menawarkan pembeli dengan beberapa pilihan pinjaman perumahan daripada bank rakan kongsi kami. Keseluruhan proses ini hanya mengambil masa kurang dari lima minit – dan yang terbaik sekali, ianya adalah percuma.” Miliki Rumah Anda Sendiri dengan PropertyGuru Home Loan Pre-Approval – Proses Langkah demi Langkah: 1. Ketahui jumlah yang anda layak: Di PropertyGuru Malaysia, pembeli rumah akan bermula dengan PropertyGuru Home Loan Pre-Approval (www.PropertyGuru.com.my/home-loan-pre-approval). Ia akan mengekstrak skor kredit pembeli rumah dan penarafan dari Biro Kredit Malaysia (Credit Bureau Malaysia) untuk menilai sejarah kredit dan kesihatan kewangan mereka dengan berlandaskan tanda aras dari pelbagai sumber. Ini termasuk eCCRIS (e-Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit) Bank Negara Malaysia. Seterusnya, ia mengira Nisbah Hutang atau Debt Service Ratio (DSR) yang tepat untuk memberikan jumlah pinjaman yang boleh diluluskan oleh bank kepada pembeli. Ini dilakukan dengan ketepatan 99.9% dan hanya memakan masa kurang dari 5 minit. 2. Temui rumah idaman yang mampu anda miliki: PropertyGuru Home Loan Pre-Approval kemudiannya memadankan jumlah pinjaman yang pembeli layak meminjam dengan lebih daripada 450,000 pilihan hartanah di PropertyGuru. Ini membolehkan pembeli rumah memilih dari pelbagai pilihan rumah yang mereka tahu mereka mampu miliki. Mereka juga boleh melihat peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman perumahan untuk hartanah yang bernilai lebih daripada julat harga yang disyorkan. 3. Memohon pinjaman perumahan dengan yakin dan cepat: Dengan jumlah pinjaman yang memenuhi syarat untuk rumah yang disenaraikan, pembeli rumah boleh dengan segera memohon pinjaman rumah dengan ahli panel bank PropertyGuru. Ini termasuklah RHB Bank, Alliance Bank, dan Hong Leong Bank. Panel-panel bank ini akan menawarkan kadar dan perkhidmatan keutamaan kepada mereka yang memohon melalui PropertyGuru Home Loan Pre-Approval. “PropertyGuru Home Loan Pre-Approval ialah yang pertama seumpamanya. Ini membolehkan pembeli rumah Malaysia membuat keputusan kewangan yang bijak dan yakin dalam proses pembelian rumah tanpa perlu menghadapi masalah penolakan pinjaman dan juga sebarang kesan buruk terhadap skor kredit mereka,” kata Vivek Kumar, Pengarah Teknologi Produk (Pengguna), PropertyGuru Group. Sebenarnya, PropertyGuru Home Loan Pre-Approval memberi manfaat kepada semua pihak berkepentingan dalam industri hartanah Malaysia. Ia meningkatkan kecekapan dalam proses jual beli rumah sementara menjadi jalan penyelesaian untuk mengurangkan jumlah hartanah yang tidak terjual. Memberi fokus kepada pembeli rumah dengan PropertyGuru Home Loan Pre-Approval, rakan niaga PropertyGuru akan meningkatkan perkhidmatan mereka. Ia juga akan membolehkan ejen hartanah dan pemaju untuk menyokong pembeli yang berminat. “Alliance Bank amat bangga untuk bergabung dengan PropertyGuru untuk pelancaran platform Home Loan Pre-Approval. Platform yang pantas, mudah dan inovatif ini akan membantu rakyat Malaysia memenuhi aspirasi mereka untuk memiliki rumah sendiri, kerana ia memberikan penilaian yang realistik untuk kelayakan pinjaman rumah yang diinginkan,” kata Edwin Lee Wee Gee, Ketua Aset Pengguna, Alliance Bank. PropertyGuru Home Loan Pre-Approval juga sejajar dengan Dasar Perumahan Negara 2018–2025 yang bertujuan untuk menangani isu pasaran semasa, termasuk isu permintaan/bekalan yang tidak sepadan. PropertyGuru Home Loan Pre-Approval mengikut jejak langkah ‘PropertyGuru Mortgage Pre-Qualifier’ yang dilancarkan pada bulan Ogos tahun lepas sebagai alat untuk menganggar jumlah gadai janji yang mungkin terlalu awal untuk diterima oleh pembeli rumah. PropertyGuru Home Loan Pre-Approval ditambah baik dengan ekosistem dari hujung ke hujung dengan ciri-ciri yang lengkap untuk menyokong pembeli rumah sepanjang proses pembelian rumah mereka. Bjorn Sprengers, Ketua Pegawai Pemasaran dan Ketua FinTech PropertyGuru Group berkongsi, “Sebenarnya terdapat sesetengah teknologi yang sangat berguna dibawah PropertyGuru Home Loan Pre-Approval. Tetapi bergantung kepada Fintech sahaja tidak dapat membuahkan kesan. Buat pertama kalinya, pemain industri utama juga turut bersama-sama memikirkan semula proses pinjaman dari setiap segi. Saya yakin bahawa perkongsian ini apabila digabungkan dengan inovasi adalah cara yang betul untuk benar-benar menyelesaikan salah satu sekatan terbesar yang dihadapi oleh rakyat Malaysia dalam proses pembelian rumah mereka.” ‘Own Your Home Programme’ adalah komitmen jangka panjang PropertyGuru untuk: ● Membantu rakyat Malaysia untuk lebih memahami keunikan cabaran dalam proses pemilikan rumah mereka, dan ● Menyediakan penyelesaian inovatif yang memperkasakan rakyat Malaysia untuk #BeatTheOdds dan memiliki rumah. Ini dapat dilakukan dengan memberi bimbingan kepada rakyat Malaysia mengenai proses pembelian secara keseluruhannya, selain menunjukkan kepada mereka apa yang perlu mereka sediakan pada setiap tahap dalam proses pembelian hartanah. Pelancaran PropertyGuru Home Loan Pre-Approval diadakan bersamaan dengan PropertyGuru ‘Own Your Home Weekend Fiesta’. Pesta ini merupakan acara julung kali yang akan berlokasi di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara dari 5 April hingga 7 April. Ia bertujuan untuk membimbing pengguna dari hujung ke hujung semasa dalam proses ‘Own Your Home’, daripada kelayakan pinjaman sehinggalah ke kadar keutamaan dari panel bank. Acara ini akan melibatkan lebih daripada 3,500 peserta, termasuk pembeli rumah kali pertama, pembeli yang juga bakal penghuni, golongan bekerja profesional dan keluarga dari pelbagai peringkat umur. Atur cara meliputi pameran dan pelancaran pameran PropertyGuru Home Loan Pre-Approval secara langsung. Pengunjung juga akan berpeluang menyertai aktiviti yang menyeronokkan seperti “Human Claw Machine”, ‘spin the wheel’ dan menang hadiah berjumlah sebanyak RM50,000, termasuk hadiah wang tunai sebanyak RM10,000.]]>