Marvel Membuat Lelongan Prop dan Kostum Dari Siri Netflix

Prop dari siri Daredevil, Luke Cage dan Iron Fist antara yang dijual. Setelah menamatkan semua siri Netflix-nya yang diakhiri dengan The Punisher musim kedu, kini Marvel ingin memadamkan segala bukti yang mereka pernah ada siri Netflix sendiri dengan melelong segala prop dan kostum dari siri TVnya pula? Kalau korang ada duit lebih dan nak sangat memiliki harta pusaka ini, bolehlah layari http://bit.ly/2TQU8xV. Lelongan ini bakal bermula pada Ogos 2019 jadi korang boleh usha galerinya dulu sambil simpan duit sikit-sikit dengan meniaga kuih raya. ]]>