KUALA LUMPUR, 14 Mac 2019 – Masanya telah tiba! Pakai helmet, jaket kulit dan sut lumba anda kerana Bikers Kental 2 sedang meluncur laju ke pawagam di seluruh negara pada 14 Mac 2019! Sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai ikatan persaudaraan serta kisah cinta yang tidak pernah luput ditelan zaman, ikuti Bidin al-Zaifa (lakonan Zizan Razak) di dalam perjalanannya menuju ke Thailand bagi meminang kekasih idamannya, Cherry Porntit (lakonan Meau Jullangtip). Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Alburque D Al Capon (lakonan Ameerul Affendi) dan abang kandung Cherry, Ananda (lakonan Pont Cranium) seorang juara Muay Thai yang sentiasa mencurigai cinta adiknya. Tayangan filem ini bakal disertai oleh siri jelajah yang diatur khas bagi menggalakkan interaksi antara para peminat dengan bintang-bintang filem berkenaan dan diadakan di lokasi berikut:
TARIKH | LOKASI | WAKTU KEMUNCULAN |
15 Mac 2019 | Johor
|
2:30 petang – 3:30 petang 4:30 petang – 5:30 petang 8:00 malam – 9:00 malam |
16 Mac 2019 | Melaka
|
2:00 petang – 3:00 petang 4:00 petang – 5:00 petang 8:00 malam – 9:00 malam |
17 Mac 2019 | Kuala Lumpur
|
2:00 petang – 3:00 petang 4:00 petang – 5:00 petang 6:00 petang – 7:00petang 8:00 malam – 9:00 malam |
21 Mac 2019 | Selangor
|
7:30 petang – 9:00 malam |
22 Mac 2019 | Kedah
|
4:00 petang – 5:00 petang 6:00 petang – 7:00 petang |
23 Mac 2019 | Kedah
|
2:00 petang – 3:00 petang 5:00 petang – 6:00 petang |
24 Mac 2019 | Pulau Pinang
|
2:00 petang – 3:00 petang 4:00 petang – 5:00 petang 7:00 petang – 9:00 malam |