Ahmad Idham Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif FINAS

Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Dan Multimedia: “Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ingin mengumumkan pelantikan YBrs. Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 11 Mac 2019. Encik Ahmad Idham Nadzri pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan mempunyai kepakaran serta pengalaman di dalam industri kreatif selama lebih 25 tahun selain pernah mencatat rekod dan menerima pelbagai anugerah di dalam dan luar negara. Pelantikan ini merupakan keputusan Lembaga berdasarkan peruntukan dalam Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 bagi menggantikan pemangku YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir yang telah menjalankan tugas selama empat bulan yang lalu. KKMM mengucapkan terima kasih kepada Encik Shakib Ahmad Shakir untuk perkhidmatan beliau dalam menjalankan tugasan sebagai pemangku jawatan tersebut. Kementerian berharap Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu ini akan berkhidmat untukmeningkatkan usaha-usaha FINAS bagi membangunkan industri ini. Saya juga berharap agar ahli-ahli lembaga FINAS akan memberikan kerjasama yang penuh kepada Encik Ahmad Idham Ahmad Nadzri dalam melaksanakan pembaharuan berdasarkan hala tuju kerajaan.” ]]>

Leave a Reply

Your email address will not be published.