A24 Hasilkan Lilin Aroma Berdasarkan Enam Genre Filem Klasik

A24 berkerjasama dengan Joya menghasilkan lilin aromatik mengikut enam genre filem: Horror, Western, Thriller, Noir, Adventure, dan Musical. Dengan isipadu 7oz dan seberat 200g setiap satu, dibuat dari adunan lilin dan soya, aroma yang terhasil dari nyalaan lilin ini pasti akan membangkitkan mood setiap kali anda menonton filem.

Setiap satu lilin boleh menyala sehingga 50 ke 60 jam, bermakna secara anggaran nyalaan lilin ini akan menemani anda sehingga 33 kali tontonan filem. Klik pautan ini untuk info tentang warna, genre, bahan, bau dan inspirasi setiap lilin. Yang berhajat nak beli, boleh layari: https://shop.a24films.com/products/a24-x-joya-genre-candles , harganya USD$48 (sekitar RM126). Admin dah bagitau awal-awal.
]]>