Tati Skincare Menang Tuntutan Saman RM3 Juta Atas Artikel Berunsur Fitnah

Keemoat-empat pengasas Tati Skincare[/caption] [caption width="1080"]Produk-produk Tati Skincare[/caption] [caption width="1080"]Sidang Media Tati Skincare yang berlangsung di Floral Terrace[/caption] Pada awalnya, pihak Tati Skincare telahpun berhubung dengan blogger tersebut supaya artikel-artikel ini dipadam namun ianya tidak diendahkan. Atas nasihat peguam, Norashikin Muhammad selaku salah seorang pengasas dan wakil produk Tati Skincare telah membawa perkara ini ke Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 22 November lalu untuk tindakan dan hasilnya, mahkamah telah mengarahkan blogger tersebut (defendan) untuk membayar kepada Tati Skincare (plaintif) sebanyak RM3 juta kerana menyiarkan artikel-artikel berunsur fitnah. Pada sidang media tersebut, selain Norashikin Muhammad, turut hadir ialah tiga lagi pengasas Tati Skincare iaitu Norhayati Norhasyima, Maradina Najib dan Tanti Rahayu Abdul Halim. Dalam sidang media itu juga, Md Faiez Md Suhaimi selaku peguam yang mewakili Tati Skincare memohon agar blogger di luar sana lebih beretika dengan tidak menyiarkan sesuatu perkara yang tidak benar dan fitnah yang boleh memberi implikasi buruk terhadap sesuatu pihak dan juga sebagai teguran terhadap netizen agar tidak menggunakan media sosial dan internet untuk menghentam mana-mana pengasas produk. Tati Skincare ialah pengeluar produk kecantikan yang telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan sehingga kini sudah mengeluarkan 11 jenis produk, antaranya krim pemutih, gincu, maskara dan bedak kompak. Untuk maklumat lanjut tentang Tati Skincare, layari: Laman web rasmi : http://tatiskincare.com/ Facebook : Tati Skincare Instagram :@tatiskincare_hq]]>