Touch ‘N Go Tawarkan Diskaun Hebat Apabila Membuat Pembayaran eWallet di Midvalley Mall dan Gardens Mall

• Tawaran eksklusif untuk kesemua jenama utama, hanya gunakan Touch ‘n Go eWallet.

• 80% pengusaha kedai di kedua-dua pusat membeli-belah ini akan memperkenalkan kaedah pembayaran QR didayakan oleh Touch ‘n Go eWallet pada tahun 2019.
Kuala Lumpur, 14 Disember 2018 – TNG Digital Sdn. Bhd. telah mengumumkan kerjasama bersama dua buah pusat membelah-belah terkemuka di Lembah Klang: Mid Valley Megamall dan The Gardens Mall, yang bakal menggunakan kaedah pembayaran QR menggunakan Touch ‘n Go eWallet (‘eWallet’). Mulakan musim cuti ini dengan pelbagai promosi menarik yang dibawakan secara eksklusif oleh Touch ‘n Go eWallet. Pelbagai tawaran eksklusif boleh didapati dari 17 hingga 31 Disember 2018 apabila pengunjung membeli-belah tanpa tunai di pengusaha-pengusaha berikut: • Hanya RM2.50 untuk minuman Tealive Official di cawangan seluruh negara. • Diskaun RM5 dengan setiap pembelian minima RM80 di Popular Bookstore di seluruh negara. • RM5 untuk setiap scoop di Haagen Dazs. • RM1 untuk secawan Air Mata Kucing di Mou Tak Ding; percuma 2,000 cawan hanya pada 14 Disember 2018, stok terhad. • Diskaun RM5 di Gindaco Takoyaki • Hanya RM5 untuk pembelian satu bekas kecil dengan satu topping di Llao Llao. • Diskaun RM15 untuk semua hidangan utama di Define Food dalam resit yang sama • Kadar tetap RM5 untuk perjalanan ke Mid Valley Megamall & The Gardens Mall dari mana-mana lokasi dengan menggunakan perkhidmatan Ezcab Malaysia • RM6.60 untuk setiap pembelian minuman All Berry Bang, Mango Magic dan Strawberry Squeeze di Boost Juice *Tertakluk kepada Terma & Syarat. ]]>