SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!

Penyanyi terkenal antarabangsa, Shane Filan yang sebelum ini popular melalui kumpulan pop Westlife dan selebriti tempatan, Fazura akan menghiburkan pengunjung. Penganjur akan mengumumkan seorang lagi penghibur misteri yang bakal bersama-sama Shane dan Fazura pada konsert tersebut dalam masa terdekat. Shane yang meneruskan perjalanan muziknya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit Westlife dan lagu terbarunya. Fazura memulakan karier sebagai pelakon dan personaliti TV telah menceburi bidang nyanyian dan melancarkan album pertama tahun lalu yang menerima anugerah emas. ‘Elmina Lakeside Concert’ dibawakan secara eksklusif kepada anda oleh Sime Darby Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY sebagai rakan media rasmi. Cari kami dengan menaip ‘Elmina Central Park, Shah Alam’ di Waze atau Google Maps. Tiket PERCUMA ke konsert boleh ditebus di www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk kepada terma dan syarat). Konsert ini juga sebagai pembukaan kepada 36 ekar pertama daripada 300 ekar Elmina Central Park yang dipilih sebagai lokasi konsert. Kawasan ini juga merupakan lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif (Inclusive Playground) pertama Malaysia yang dijangka siap pada separuh pertama 2019. Setelah siap dibina, ia akan membolehkan kanak-kanak termasuk yang kurang upaya bermain bersama sambil mencipta peluang interaksi antara generasi dan keluarga selain meluaskan perpaduan sosial dalam komuniti yang luas.]]>

Leave a Reply

Your email address will not be published.