RASA KOREA YANG MEMIKAT HATI. DARI KFC

“Kami tahu bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang amat menggemari budaya Korea termasuklah masakan mereka. Menu hidangan Korea terbaharu kami ini menampilkan sos Gochujang yang diolah sempurna bagi dinikmati bersama ayam KFC kegemaran ramai. Ianya menyajikan rasa pedas daripada ramuan asli Korea yang pasti menambat hati semua. Sebuah hidangan yang pasti menjanjikan kepuasan baharu dan anda mesti mencubanya!” ujar Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia. KFC Spicy Gochujang Crunch ini boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam. Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangkan bersama sos Madu Pedas Gochujang, hidangan sampingan KFC iaitus kentang putar dan coleslaw, serta minuman Tropicana Tropical yang menyegarkan. Dapatkan KFC Spicy Gochujang Crunch di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula 15 November 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.kfc.com.my]]>