Kenali Shalma Eliana, Nyanyi Lagu Janji Terindah Tulisan Malique

Shalma Eliana, penyanyi baru di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia. Single pertama penyanyi yang berusia 18 tahun ini, “Janji Terindah” baru saja dilancarkan bersama video muziknya. Single ini ditulis bersama oleh Malique dan Dedeq, mengisahkan tentang luahan rasa hati antara pasangan bercinta dan perjanjian terindah antara mereka. Janji Terindah boleh didengar melalui portal dan aplikasi muzik digital seperti Joox, Spotify, Apple Music, KKBOX, dan Deezer. Tonton video muzik Janji Terindah di bawah: https://youtu.be/q8U6ib5EFxY]]>