MTV dan WebTVAsia Bekerjasama Untuk Melancarkan MTV ‘on Demand’ Seterusnya Menembusi Pasaran China

Program hiburan ini akan disiarkan secara ‘on demand’ fokus kepada generasi muda dan muzik di China. Kolaborasi ini juga akan menyampaikan kandungan pengaturcaraan berasaskan muzik MTV yang dibuat khusus untuk pasaran China termasuk carta muzik MTV, interaksi artis ringkas di bawah MTV Star Explorers, pameran muzik genre, MTV News, budaya pop dari masa ke masa. Sebelumperjanjian ini, kandungan MTV hanya tersedia melalui saluran MTV China. “Generasi muda lebih cendering untuk menonton video melalui telefon bimbit, yang menjadi pemacu populariti aplikasi video pendek di China, serta permintaan yang semakin meningkat untuk kandungan pendek asli,” kata Pierre Cheung, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pengurus, Greater China, Viacom Rangkaian Media Antarabangsa. “Oleh itu, perjanjian ini adalah sebahagian daripada strategi kami bersama Viacom Digital Studios International, kami akan menyiarkan kandungan global Viacom untuk menyokong industri China secara optimum, bermula dengan menyiarkan karya terbaik dari industri China.” Fred Chong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan WebTVAsia berkata, “Sebagai sebuah syarikat media yang telah menembusi pasaran di China dan Asia sejak tahun 2005, kami telah menganalisa trend budaya dan penggunaan pasaran ini. Oleh itu, peranan kami adalah untuk menjadi penyokong dan menghubungkan rakan penyiaran China seperti Tencent, Baidu, Toutiao, NetEase, Weibo, Youku dan iQIYI kepada rakan kongsi kandungan berskala global. Saya amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan VIMN dalam mengembangkan perniagaan bersama di China.”]]>