Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver: Sekumpulan remaja ditangkap

Sekumpulan remaja bawah umur ditahan pihak berkuasa di pusat membeli-belah Suria KLCC maghrib tadi, dikatakan sedang berkumpul untuk menantikan ketua mereka yang dikenali sebagai “Ichux Buchux Gampunk” dalam satu himpunan yang dipanggil sebagai Majlis Berbuka Puasa Ichux Raver. Mereka ditahan untuk mengenalpasti samada mereka positif syabu, air ketum dan choki choki.

Ichux Buchux Raver yang disyaki dalang dalam perhimpunan ini bagaimanapun tidak dapat dikesan selepas mengetahui operasi sedang dijalankan sambil menghantar pesanan WhatsApp yang berbunyi “Cowi guys aqo d3m@m”. Turut dirampas ialah sebekas sambal sotong dan seluar ikan koi yang masih dalam beg kertas dengan ikan koi hidup sekali.

]]>