KUMPULAN KRU BUBAR, KONSERT GERGASI KRU25 JADI PERSEMBAHAN TERAKHIR

image KRU turut menyatakan penghargaan khas kepada Perodua kerana telah menyokong kerjaya KRU sejak tahun 90’an sehingga sekarang. “Kali terakhir KRU mengadakan konsert di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2002 di Dataran Merdeka dengan kehadiran 50,000 penonton dimana Perodua menjadi penaja utama. Kini. Perodua terus menjadl penaja utama bagi konsert terakhir kami dan KRU ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih diatas segala sokongan dan selamat menyambut ulangtahun Perodua yang ke-25 yang kini menjadi peneraju utama industri automotif tempatan” ujar Dato’ Norman Abdul Halim. selaku Penerbit Eksekutif Konsert Gergasi KRU25. “Populariti KRU masih mantap merentasi generasi, dan Perodua. yang juga menyambut ulang tahun ke-25. mengucapkan tahniah atas konsert Gergasi KRU25. Perodua berbangga menjadi penaja utama konsert kali ini serta dapat menyumbang kepada aktiviti seni anak tempatan yang masih popular ini,“ kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua. YBhg Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh. Sidang media tergempar ‘Gergasi’ lni turut mendapat tajaan dari lmpiana KLCC Hotel yang juga turut memperkenalkan menu khas betkonsepkan “Earth Grown” yang menggalakkan pemakanan yang lebih sihat dan ringan. Bagi mereka yang ingin mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert Gergasi KRU25 pada 4hb. 5hb dan 6hb Mei di lstana Budaya, boleh layari www.kruarena.com]]>