ISLE OF DOGS, FILEM TERBARU WES ANDERSON BAKAL TAYANG DI MALAYSIA!

31 Mei 2018 sebagai tarikh rasmi tayangan filem terbaru Wes Anderson, ISLE OF DOGS dan tatapilah puas-puas poster filem ini untuk pasaran Malaysia sebelum anda menontonnya kurang 2 bulan lagi. Kongsikan kepada rakan-rakan di saluran media sosial berserta tanda pagar #IsleofDogsMY. image Filem animasi stop motion ini membariskan ensemble voice cast seperti Bryan Cranston, Edward Norton, Bill Murray, Jeff Goldblum, Greta Gerwig, Frances McDormand, Courtney B. Vance, Fisher Stevens, Harvey Keitel, Liev Schreiber, Bob Balaban, Scarlett Johansson, Tilda Swinton, F. Murray Abraham, Frank Wood dan Yoko Ono. Secara ringkasnya filem ini berkisarkan pengembaraan seorang budak lelaki yang mahu menyelamatkan anjing peliharaannya selepas satu wabak yang berlaku telah menyebabkan anjing-anjing dikuarantin dan diasingkan di sebuah pulau. Niat murninya ini menginspirasikan penduduk setempat untuk turut mngikut jejaknya dan dalam masa yang sama ia membongkar satu konspirasi. Tonton trailernya: ]]>