THE FOUNDER, KISAH BENAR 'PENGASAS' RESTORAN MCDONALDS

…tapi benarkah dia pengasas McDonalds yang sebenar? Lakonan Michael Keaton (Batman, Birdman) sebagai Ray Kroc, arahan John Lee Hancock. Tonton di saluran HBO Asia (Astro saluran 411).
 
 
Pelakon: Michael Keaton, Nick Offerman, John Carroll Lynch
Pengarah: John Lee Hancock
Genre: Drama
Durasi: 1 jam 50 minit
 
THE FOUNDER ialah drama berdasarkan kisah benar bagaimana Ray Kroc (Keaton), seorang jurujual dari Illinois, bertemu Mac dan Dick McDonald, yang mengusahakan restoran makanan segera iaitu burger di era 1950’an di selatan California. Kroc tertarik dengan sistem penyediaan makanan segera oleh dua beradik McDonald dan nampak potensi francais restoran ini. Dia meletakkan dirinya di dalam posisi di mana dalam diam dia menarik syarikat dua beradik McDonald menjadi miliknya yang mutlak sehingga menghasilkan empayar makanan segera bernilai billion dollar.  
Tonton di saluran HBO pada:
Selasa, 20 Mac 9:00 malam
Rabu, 21 Mac 4:50 petang
Ahad, 25 Mac 7:05 malam
Isnin, 26 Mac 4:35 petang
Jumaat, 30 Mac 10:25 malam
https://www.youtube.com/watch?v=oprJX5BomEc
]]>