Majlis Sidang Media Filem Pailang JB

Simpang 3 Production ini bakal menjalani penggambaran pada bulan Disember ini. image image image image image image image Sinopsis Pailang JB Menggabungkan elemen-elemen aksi beladiri, aksi lumba kereta, drama, persahabatan dan kasih sayan filem ini berkisarkan Faizal, seorang anak muda dan rakan-rakanya yang menang perlumbaan kereta dl litar Pasir Gudang. Mereka bernaung di bawah sebuah akademi permotoran seorang legenda lumba kereta negara bernama Jimmy Race, yang telah lama menghilangkan diri dari dunia permotoran dan dunia “pailang”. Kemenangan Faizal menerbitkan dendam oleh satu pihak kumpulan kongsi gelap atau gangster yang diketuai oleh R.K atau Racing King. Dalam 5 tahun kebelakangan ini mereka memonopoli sukan permotoran secara sah atau haram tetapi kemudian kalah di tangan Faizal. Geng R.K juga terlibat dengan kegiatan gelap seperti penyeludupan, pemerdagangan manusia, pelacuran dan dadah di Johor Bahru. Konflik bermula apabila Faizal dan rakan-rakannya cuba menyelamatkan seorang gadis bernama Angelina dari menjadi mangsa pemerdagangan manusia yang didalangi oleh kumpulan R.K. Kekecohan dan kerosakan yang dilakukan oleh R.K dan kuncu-kuncunya membuatkan Jimmy Race yang sebelum ini memencilkan diri akhirnya muncul untuk menyelamatkan keadaan dan menyelesaikan permasalahan di antara kedua-dua belah pihak selain membanteras kegiatan gangster yang bermaharajalela di Johor Bahru.]]>