Trailer dan poster rasmi filem JIBAM lakonan Buntat (7 Hari Mencintaimu)

JIBAM arahan Che Mie, sebuah adaptasi novel popular tulisan Ujang, lakonan Mohd Ariff Abdullah yang umum kenali sebagai Buntat dari drama televisyen berangkai, Tujuh Hari Mencintaimu. Jibam bakal tayang 7 Disember ini di pawagam seluruh tanahair. Sinopsis (dari novel): Jibam – nama sebenarnya Ashraf — anak yang unik. Sedikit lembap otak dan fikirannya. Namun, mempunyai keistimewaan yang tersembunyi. Jibam mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit.Suman mati terbunuh dalam perut hutan. Dan kematiannya sungguh misteri. image]]>