FILEM: A Street Cat Named Bob (2016)

image Filem A Street Cat Named Bob diadaptasi dari buku tulisan James Bowen yang juga merupakan catatan sebenar yang menyentuh jiwa tentang James, seorang bekas penagih dadah yang tegar dan juga pemuzik busker yang hidup sebagai gelandangan dan bagaimana pertemuannya dengan seekor kucing jalanan yang diberi nama Bob menimbulkan bibit-bibit persahabatan yang kemudian telah mengubah hidupnya. Lakonan Luke Treadaway (Unbroken, Clash of the Titans) sebagai James Bowen dan si kucing Bob sendiri serta dibantu oleh Ruta Gedmintas, Joanne Froggatt, Anthony Head dan Caroline Goodall,  filem ini diarahkan oleh Roger Spottiswoode. Filem ini telah dirakam selama lebih enam minggu di London, dengan Covent Garden sebagai lokasi utama yang juga merupakan tempat busking James dan Bob yang sebenar. Edaran antarabangsa oleh Sony Pictures Releasing. Laman web rasmi: www.facebook.com/StreetCatBob/ https://www.youtube.com/watch?v=ai3hleBXRpo]]>