AKAN DATANG: ONLY THE BRAVE (edaran GSC Movies)

image Filem arahan Joseph Kosinski (pernah mengarah Tron: Legacy dan Oblivion) ini membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Josh Brolin, Miles Teller, Jeff Bridges, James Badge Dale, Taylor Kitsch dan Jennifer Connelly di mana ia mengangkat peristiwa sebenar sekumpulan krew bomba elit Granite Mountain Hotshots yang bertarung nyawa ketika menjalankan tanggungjawab mereka ketika berlakunya kebakaran di Yarnell Hill, Arizona pada bulan Jun 2013. Ia merupakan kes kebakaran yang mengorbankan nyawa yang ketiga terbesar di U.S sejak peristiwa kebakaran East Bay Hills pada tahun 1991. Filem ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh tanahair mulai 2 November 2017 edaran GSC Movies. https://www.youtube.com/watch?v=Utd990NPaUM]]>