Wednesday, April 26, 2017
BACKSTAGE

Raja Bollywood, Salman Khan akan ke Malaysia untuk konsert Da Bang Malaysia Tour

Nazri Ahmadeus March 26, 2017 Event, Music Comments Off on Raja Bollywood, Salman Khan akan ke Malaysia untuk konsert Da Bang Malaysia Tour

Konsert siri jelajah Da-Bang 2017 akan terbang ke Malaysia dengan ramai bintang-bintang Bollywood bakal hadir, menjanjikan sajian hiburan yang tak pernah anda rasai sebelum ini.

Barisan-barisan selebriti yang didatangkan dari Bollywood ini ialah Salman Khan (aktor) yang pastinya akan membawakan seleksi tarian dari filem-filem hits seperti “Sultan”, “Dabangg”, “Dabangg 2”, “Bajrangi Bhaijaan” dan banyak lagi, disokong oleh Prabhu Deva (koreografer, pengarah dan aktor), Tamannah (aktres), Bipasha Basu (aktres), Badshah (rapper & penyanyi), Manish Paul (MC/aktor), Daisy Shah (aktres). Dan konsert ini bakal menjadi konsert Bollywood terbesar yang pernah diadakan di Malaysia.

Dianjurkan oleh GHC Events, konsert “Da-Bang The Tour Live in Malaysia” akan berlangsung di Mines Convention Centre pada 14 April 2017. Info tiket boleh didapati melalui laman web http://redtix.airasia.com dengan harga dari RM111 ke RM2,222.

Like this Article? Share it!

About The Author

Penulis untuk majalah ROTTW dan Backstage.MY. Juga salah seorang admin grup filem Facebook terhangat, Movie Addict ( https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/ ). Ilustrator / pelukis novel grafik untuk komik ROTTWORLD dan 30 DENYUTAN BINTANG YANG MATI. Masih bujang.

Comments are closed.

%d bloggers like this: