Wednesday, April 26, 2017
BACKSTAGE

PROMOSI HYPPTV ‘JUMBO BREAKOUT’ MENAWARKAN TAYANGAN PERCUMA SELAMA 3 BULAN BAGI SALURAN-SALURAN TERBAIKNYA

Nazri Ahmadeus March 17, 2017 TV Comments Off on PROMOSI HYPPTV ‘JUMBO BREAKOUT’ MENAWARKAN TAYANGAN PERCUMA SELAMA 3 BULAN BAGI SALURAN-SALURAN TERBAIKNYA

Pelanggan HyppTV Value Pack baharu dan sedia ada yang melanggan HyppTV Aneka Pack, Varnam, Ruby dan Sports Pack kini boleh menonton kandungan hiburan bertaraf antarabangsa terbaik di Baby First, Baby First, Nick Jr. CBeebies HD, Boomerang HD, DreamWorks HD, Warner TV HD, RTL CBS Entertainment HD, FOX Crime HD dan Universal Channel HD ketika berada di rumah dan di mana jua dengan aplikasi mudah alih, HyppTV Everywhere

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV kini melancarkan promosi terbaharunya, dikenali sebagai ‘Jumbo Breakout’ yang menawarkan tayangan secara percuma selama tiga (3) bulan bagi saluran-saluran terbaiknya di dalam HyppTV Jumbo Pack kepada semua pelanggan yang melanggan HyppTV bersama UniFi dan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps bermula dari 13 Mac sehingga 31 Mei 2017.

Sepanjang tempoh promosi ini, semua pelanggan HyppTV berpeluang menonton sembilan (9) saluran terbaik yang terdapat di dalam HyppTV Jumbo Pack iaitu Baby First (Saluran 551), Nick Jr. (Saluran 552), CBeebies HD (Saluran 553), Boomerang HD (Saluran 555), DreamWorks HD (Saluran 550), Warner TV HD (Saluran 613), RTL CBS Entertainment HD (Saluran 616), FOX Crime HD (Saluran 610) dan Universal Channel HD (Saluran 612) secara PERCUMA ketika berada di rumah atau di mana-mana sahaja menerusi aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere.

Tayangan percuma ini merupakan tambahan kepada promosi Tayangan Percuma 30 hari bagi kesemua saluran premium untuk para pelanggan baharu UniFi dan Streamyx 8Mbps. Sementara itu, bagi pelanggan sedia ada yang telah melanggan HyppTV Value Pack seperti Aneka, Varnam, Ruby dan Sports Pack, promosi tayangan percuma ini adalah eksklusif buat mereka sebagai tanda penghargaan kami atas kepercayaan dan kesetiaan mereka, di mana mereka akan dapat menikmati empat (4) bulan tontonan secara percuma bagi sembilan (9) saluran terbaik bermula 15 Februari 2017 sehingga 30 Jun 2017, khas dari HyppTV.

Mengulas mengenai promosi terbaharu daripada HyppTV, Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif New Media, TM berkata: “Promosi ‘Jumbo Breakout’ ini memberi peluang kepada para pelanggan untuk menonton kandungan eksklusif, menarik dan bertaraf antarabangsa yang terdapat di saluran terbaik HyppTV. Ini merupakan salah satu daripada cara kami untuk mengalu-alukan dan memberi ganjaran kepada pelanggan baharu dan sedia ada, sama ada mereka melanggan Aneka, Ruby, Varnam atau Sports Pack, untuk mereka menonton saluran-saluran yang paling diminati di HyppTV Jumbo Pack.

 “Tontonan percuma selama tiga bulan ini juga ditawarkan kepada pelanggan UniFi, Streamyx 4Mbps dan 8Mbps, sebagai tambahan kepada tontonan percuma 30 hari yang diberikan apabila mereka melanggani perkhidmatan tersebut bermula dari 13 Mac sehingga 31 Mei 2017. Dengan inisiatif ini, kami berharap, ia dapat menggalak dan menarik lebih ramai pelanggan untuk menikmati pelbagai kandungan yang disediakan di HyppTV pada bila-bila masa semasa di rumah dan di mana jua menerusi HyppTV Everywhere,” tambah beliau.

Pelanggan HyppTV tidak harus melepaskan pelbagai program TV terbaik yang akan disiarkan secara Langsung yang akan ditayangkan tidak lama lagi seperti ‘Britain Got Talent Musim ke-11  yang disiarkan pada hari yang sama seperti di UK pada bulan April nanti, Billboard Music Awards 2017’,  secara langsung dari Amerika Syarikat dan program temu bual popular ‘The Late show with James Corden’ serta musim terbaharu siri drama popular iaitu ‘House of Cards Season 5’ yang ditayangkan pada hari yang sama seperti di Amerika Syarikat pada bulan Mei di RTL CBS Entertainment HD (Saluran 616). Kepada peminat Jennifer Lopez, yang baru-baru ini telah memenangi anugerah di 43rd Annual People’s Choice Award dalam kategori Pelakon Wanita Popular bagi Drama bersiri Jenayah terbaik untuk lakonannya sebagai Detektif Harlee Santos dalam ‘Shades of Blue’, turut boleh menonton musim kedua siri itu di Universal Channel HD (Saluran 612). Jangan lepaskan peluang untuk menonton siri drama yang menonjolkan watak-watak terbaik di dalam drama ‘Arrow’, ‘DC’s Legends of Tomorrow’, ‘Izombie’, ‘The Big Bang Theory’ dan banyak lagi di Warner TV HD (Saluran 613). Tidak ketinggalan, bagi penonton cilik, mereka boleh menonton pelbagai program menarik dan menyeronokkan seperti ‘Color Crew’ di Babyfirst (Saluran 551), ‘Go Jetters’ di Cbeebies (saluran553), ‘Puss In Boots’ di DreamWorks HD (saluran 550),  ‘Mr. Bean’ di Boomerang HD (saluran 555) dan ‘Paw Patrol’ di NickJr. (saluran 552).

Dalam perkembangan lain, penggemar drama bersiri terbitan HyppTV, pastinya akan menantikan drama bersiri eksklusif terbaharu iaitu ‘Pembancuh Kopi Mr. Vampire’ lakonan Ungku Ismail dan Nazeera Sardi yang akan ditayangkan setiap hari Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam bermula 15 Mac 2017 di HyppSensasi HD (Saluran 116). HyppSensasi HD turut meraikan Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac ini dengan menayangkan beberapa seleksi filem terbaik pada setiap hari Sabtu, 8.30 malam seperti ‘Gegurl Propa’ yang dibintangi oleh Intan Ladyana dan Adiba Yunus pada 4 Mac, ‘Isteri Untuk Dijual’ yang dibintangi oleh Nora Danish dan Kamal Adli pada 11 Mac; ‘Kopi O Kopi Susu’, lakonan Raja Ilya dan Keith Foo pada 18 Mac; dan ‘Girlfriend Kontrak’ lakonan Keith Foo dan Risteena pada 25 Mac.

Selain itu, Saluran Islamik dan Gaya Hidup Kekeluargaan HyppTV – ‘Salam HD’ turut menayangkan program terbaharunya iaitu ‘Jom Fesyen’ yang mengetengahkan fesyen Islamik terbaharu menjadi trending di Malaysia dan membawa penonton dengan lebih dekat di sebalik jenama fesyen dengan scene yang menarik. Dihoskan oleh Mia Ahmad, program ini akan menampilkan fashionista Islamik seperti Datin Norjuma, Puteri Sarah, Intan Ladyana, Shea Rasol, Maria Elena, Yana Samsudin dan ramai lagi. ‘Jom Fesyen’ akan ditayangkan setiap hari Selasa, jam 8.00 malam di Salam HD (Saluran 113) eksklusif di HyppTV.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagi siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).

Like this Article? Share it!

About The Author

Penulis untuk majalah ROTTW dan Backstage.MY. Juga salah seorang admin grup filem Facebook terhangat, Movie Addict ( https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/ ). Ilustrator / pelukis novel grafik untuk komik ROTTWORLD dan 30 DENYUTAN BINTANG YANG MATI. Masih bujang.

Comments are closed.

%d bloggers like this: