Tuesday, May 23, 2017
BACKSTAGE

The Musical Journey of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert’

Admin February 5, 2017 Event, Music Comments Off on The Musical Journey of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert’

Konsert berskala besar julung kalinya ini menyatukan semula Zainal Abidin dengan Headwind dalam satu segmen khas. Tiket persembahan yang bakal menyaksikan Zainal dan Headwind kembali bergabung selepas 25 tahun menerusi pentas berskala besar itu dijual pada harga serendah RM158 hingga pakej VIP bernilai RM958 yang dilengkapi album edisi terhad Zainal dan baju kemeja-T.

Pada malam itu Zainal bakal menyampaikan sebanyak 17 buah lagu hitsnya  antaranya ialah Hijau, Manis, Orak Arek, Puteri, Bongkar, Debu Liar dan Damai.  Zainal dan Headwind bakal mengimbau kenangan mereka bersama ketika era 80-an menerusi lagu seperti Suraya, Hanya Di Radio, Kita Serupa, Segalanya Mungkin dan Pelangi.

‘The Musical Journey of Zainal Abidin – 35th Anniversary Concert’ bakal berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Dapatkan tiket yang bermula dengan harga RM158 sehingga RM958 di laman web www.mytickets.asia.

Like this Article? Share it!

About The Author

Comments are closed.

%d bloggers like this: