Wednesday, April 26, 2017
BACKSTAGE

Konsert Estranged Sepenuhnya: Setia Sedekad, Itu Kamu

Nazri Ahmadeus March 28, 2017 Event, Music Comments Off on Konsert Estranged Sepenuhnya: Setia Sedekad, Itu Kamu

Sempena rilisan terbaru mereka iaitu album Sepenuhnya Vol. 1 dan sambutan sepuluh tahun sejak rilisnya single, ‘Itu Kamu’ yang telah meraih anugerah muzik tanahair, band Estranged akan beraksi dalam sebuah konsert penuh – ‘Konsert Estranged Sepenuhnya: Setia Sedekad, Itu Kamu‘.

Sebagai tanda penghargaan buat Estranged untuk meraikan peminat dan semua individu yang telah menyokong sepanjang karier mereka, konsert ini akan menyaksikan Estranged memainkan lagu-lagu mulai album pertama yang keluar pada tahun 2004 sehinggalah ke album terkini, Sepenuhnya Vol. 1.

Bakal diadakan di Bentley Auditorium, Wisma Bentley Music, Mutiara Damansara, Selangor pada 13 Mei 2017, jam 8.30 malam, konsert ini turut menampilkan pemuzik jemputan, Alena Murang, yang dikenali sebagai pemain instrumen tradisional Sapé dari Sarawak.

Konsert ini dianjurkan oleh Drum-Asia. Layari www.galactix.asia/konsert-estranged-sepenuhnya-kl untuk info tiket dengan lebih lanjut.

Like this Article? Share it!

About The Author

Penulis untuk majalah ROTTW dan Backstage.MY. Juga salah seorang admin grup filem Facebook terhangat, Movie Addict ( https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/ ). Ilustrator / pelukis novel grafik untuk komik ROTTWORLD dan 30 DENYUTAN BINTANG YANG MATI. Masih bujang.

Comments are closed.

%d bloggers like this: