Tuesday, May 23, 2017
BACKSTAGE

DATUK BANDAR KUALA LUMPUR MELANCARKAN KAD MESRA ANGKASA PETRONAS

Nazri Ahmadeus April 12, 2016 News Comments Off on DATUK BANDAR KUALA LUMPUR MELANCARKAN KAD MESRA ANGKASA PETRONAS

Menyasar Lebih Dari 5,000 Orang Ahli Koperasi DBKL

Kuala Lumpur, 1 April 2016 – Ahli-ahli koperasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan apabila mereka mendaftar untuk Kad Mesra Angkasa, kad kesetiaan jenama bersama oleh PETRONAS, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) dan Koperasi DBKL.

“Perkongsian strategik ini adalah faedah bersama yang dilahirkan melalui gabungan ini untuk PETRONAS, ANGKASA dan ahli-ahli Koperasi DBKL. Melalui perkongsian ini, kami dapat menyasar kepada pemegang-pemegang Kad Mesra Angkasa dengan promosi dan kempen khusus yang dapat menarik minat dan perhatian mereka,” kata Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB).

Ibrahimnuddin, yang hadir ketika pelancaran Kad Mesra Angkasa untuk ahli-ahli Koperasi DBKL di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, menambah bahawa kerjasama dengan ANGKASA telah membuka peluang-peluang baru untuk syarikat menyasar kepada ahli-ahli di bawah koperasi-koperasi individu yang berdaftar dengan ANGKASA.

Perkongsian ini juga menyediakan platform untuk koperasi-koperasi yang berdaftar dengan ANGKASA untuk mempromosikan perniagaan mereka dengan menawarkan diskaun dan manfaat lain kepada pemegang-pemegang kad. Inisiatif ini sejajar dengan usaha syarikat untuk membantu usahawan-usahawan tempatan melalui rangkaian runcitnya.

Pelancaran Kad Mesra Angkasa untuk ahli-ahli Koperasi DBKL melihat Ibrahimnuddin menyampaikan kad kesetiaan baru kepada Pengerusi Koperasi DBKL, Datuk Yapri Kamaruzaman dan disaksikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abd Aziz dan Presiden Angkasa Dato’ Abdul Fattah Abdullah. Kad jenama bersama baru ini membolehkan penggunanya untuk menuntut dan menebus mata di mana-mana Stesen PETRONAS dan Kedai Mesra di samping menikmati diskaun dan faedah Iain dari rakan-rakan niaga Kad Mesra dan ANGKASA.

Ahli-ahli baru akan menerima pek sambutan dan 150 mata ganjaran Mesra setelah membuat pendaftaran sementara ahli ANGKASA yang sudahpun menjadi pemegang Kad Mesra boleh beralih ke kad baru secara percuma dan memindahkan mata yang terkumpul ke akaun baru mereka.

Kad Mesra Angkasa adalah antara inisiatif yang sedang diperkenalkan oleh PDB untuk memberi nilai tambah kepada para pelanggan melalui rangkaian runcitnya yang luas. Kad Mesra Angkasa dilancarkan pada tahun lepas bersama dengan ANGKASA di Malaysian Carnival of Co-operatives’ Products and Services (MACCOPS) 2015 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). Ia dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Hamzah Zainuddin.

Bahan api kejuaraan boleh didapati di lebih dari 1,000 Stesen PETRONAS di seluruh negara. Bersama-sama dengan lebih dari 760 Kedai Mesra, PETRONAS menawarkan konsep pusat kemudahan sehenti yang menyediakan kemudahan untuk mengisi bahan api, makan, membeli-belah, perbankan, spa kereta dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di bawah satu bumbung.

image

image

image

image

Like this Article? Share it!

About The Author

Penulis untuk majalah ROTTW dan Backstage.MY. Juga salah seorang admin grup filem Facebook terhangat, Movie Addict ( https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/ ). Ilustrator / pelukis novel grafik untuk komik ROTTWORLD dan 30 DENYUTAN BINTANG YANG MATI. Masih bujang.

Comments are closed.

%d bloggers like this: