Wednesday, April 26, 2017
BACKSTAGE

BBC PLAYER Kini di Malaysia Khas Buat Pelanggan HyppTV

Nazri Ahmadeus March 15, 2017 TV Comments Off on BBC PLAYER Kini di Malaysia Khas Buat Pelanggan HyppTV

Penonton boleh mendapatkan akses eksklusif untuk menonton siri terbaharu Top Gear menerusi perkhidmatan ini

Pelanggan HyppTV kini boleh menikmati kandungan bertaraf antarabangsa terbaik dengan himpunan saluran-saluran daripada BBC di HyppTV dan secara atas talian di pelbagai peranti dengan BBC Player, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja

Perkhidmatan IPTV Telekom Malaysia Berhad (TM) yang pernah memenangi anugerah, HyppTV dan BBC Worldwide hari ini mengumumkan pelancaran rasmi BBC Player di Malaysia. Penawaran terbaharu ini akan membolehkan peminat program-program yang terdapat di BBC, menerusi perkhidmatan Subscription Video-on-Demand (SVOD) pelbagai genre, untuk menonton kandungan terbaik di BBC pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, menerusi atas talian, serta pada aplikasi di telefon pintar dan tablet.

Boleh didapati di Malaysia menerusi HyppTV Jumbo Pack, pelanggan boleh mengakses ke BBC First, BBC Brit, BBC Earth, BBC Lifestyle, CBeebies dan BBC World News, termasuklah musim terbaharu rancangan Top Gear (S24), apabila ia mula ditayangkan pada bulan Mac, boleh didapati secara eksklusif di BBC Player.

Top Gear merupakakan sebuah program permotoran terkenal di dunia yang menayangkan aksi pemanduan dengan pelbagai cabaran dan aksi-aksi terbaik, semuanya dilakukan di lokasi-lokasi eksotik. Dengan jumlah tontonan yang dijangkakan melebihi 350 juta, program ini telah berjaya mencatat nama di dalam Guinness Book of Record bagi program realiti yang mendapat jumlah tontonan tertinggi di dunia. Top Gear (S24) kembali bersiaran bersama Matt LeBlanc, Chris Harris dan Rory Reid pada Mac ini.

Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM berkata: “Sebagai peneraju perkhidmatan IPTV di negara ini, kami kekal komited untuk terus menambahbaik perkhidmatan kami dengan inovasi-inovasi terbaharu dan akan terus meneroka cara untuk menawarkan kepada pelanggan kami pengalaman tontonan yang lebih baik. Kerjasama terbaharu bersama BBC Worldwide bagi melancarkan BBC Player membolehkan kami menawarkan kepada pelanggan kandungan-kandungan berkualiti tinggi daripada BBC yang boleh ditonton pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, bertepatan dengan janji kami, “Hidup Lebih Mudah”.”

Myleeta Aga, Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar, Asia Selatan dan Asia Tenggara, BBC Worldwide berkata: “Kami teruja apabila Malaysia menjadi negara kedua di dunia yang melancarkan BBC Player. Kami yakin bahawa BBC Player juga akan mendapat sambutan baik di Malaysia. Para penonton di Malaysia dilihat amat menghargai dan mengiktiraf kandungan-kandungan premium dari BBC, dan kesemua saluran sedia ada kami di HyppTV, sememangnya popular dalam kalangan penonton. Kini, dengan BBC Player, kami memberi lebih banyak cara untuk rakyat Malaysia menonton kandungan kegemaran anda – apabila kami memberikan penonton di Malaysia kandungan sedia ada BBC menerusi pelbagai peranti, justeru mempertingkatkan pengalaman tontonan mereka. Selain itu, dengan jumlah peminat program Top Gear yang tinggi di Malaysia, kami amat berbesar hati untuk menayangkan siri Top Gear (S24) yang terbaharu di BBC Brit, eksklusif di BBC Player.”

“HyppTV dan BBC Worldwide telah mencapai pelbagai kejayaan bersama sejak beberapa tahun lalu. Kami yakin BBC Player telah membawa kerjasama ini ke satu tahap yang lebih baik,” tambah beliau.

Aplikasi BBC Player kini boleh didapati menerusi peranti Android dan iOS. Ia juga boleh didapati secara atas talian di www.bbcplayer.com.

 

Jenama-jenama BBC dan program di BBC Player

BBC First, dilancarkan buat kali pertama di HyppTV dan di Malaysia pada bulan Oktober 2016. Ia menghimpunkan drama-drama premium dan original dari BBC dan syarikat-syarikat penerbitan British; iaitu koleksi kandungan terbaik dan menarik, termasuklah drama-drama paling popular dan unik di BBC. Beberapa program yang boleh didapati di BBC First termasuk:

SS-GB – siri drama yang mencabar minda diadaptasikan dari karya thriller sejarah alternatif terbitan Len Deighton yang mendapat jualan tertinggi. Drama ini berlatarbelakangkan di sekitar United Kingdom yang ditawan dan berada di bawah pengaruh pihak Jerman semasa Perang Dunia kedua dan dibintangi oleh Sam Riley (Control, Pride and Prejudice and Zombies, On the Road) dan Kate Bosworth (Still Alice, Superman Returns, Blue Crush) dan ditulis oleh Neil Purvis dan Robert Wade, yang turut merupakan penulis skrip bagi Casino Royale, Quantum of Solace dan Skyfall.

Love Nina – sebuah drama komedi diadaptasikan oleh Nick Hornby (About a Boy, An Education) dibintangi oleh Helena Bonham Carter dan merupakan novel terlaris oleh Nina Stibbe yang telah memenangi anugerah 2014 National Book Awards ‘Popular Non-fiction Book of the Year’. Siri ini berkisahkan mengenai kehidupan Nina sebagai seorang pengasuh pada sekitar tahun 1980-an di Utara London yang penuh dengan perkara-perkara aneh, kelakar, penuh gosip serta perkara-perkara penting yang berlaku sekitar tahun 1980-an.
BBC Brit, jenama genre baharu yang dilancarkan pada 2015 menawarkan hiburan premium berbentuk fakta yang menguji minda, meliputi sains, pengembaraan, perniagaan, detik-detik yang mengubah kehidupan, watak-watak ekstrem, perkara-perkara aneh, muzik, sukan dan komedi. Boleh didapati secara eksklusif di BBC Player, program-program di BBC Brit termasuklah:

 

Top Gear (S24) – program permotoran terkenal di dunia kembali untuk musim terbaharunya yang diterajui oleh Matt LeBlanc, Chris Harris dan Rory Reid, dengan penampilan pelumba hebat dari Jerman, Sabine Schmitz, peneraju F1 Eddie Jordan, dan seorang lelaki misteri yang dikenali sebagai ‘The Stig’. Dalam musim selama tujuh bahagian ini, para pengendali rancangan Top Gear akan mengembara ke bahagian di Kazakhstan yang mencabar dengan jumlah perjalanan yang menjangkau sehingga setengah juta batu, mendekati bidang permotoran tertua di Cuba, pembikinan kereta-kereta berkelajuan tinggi di Amerika dan cuba mengubah kapal penumpang yang buruk dari Korea Selatan menjadi sebuah kapal layar yang mewah seakan-akan seperti yang terdapat di Monaco.

Special Forces Ultimate Hell Week (S2) yang memperlihatkan bagaimana peserta-peserta lelaki dan wanita menyahut cabaran dan menempuh pelbagai rintangan bagi memastikan mereka kekal sehingga ke peringkat akhir. Dalam siri ini, bertempat di Amerika Selatan, para peserta akan diuji dari segi mental dan fizikal, yang telah dirancang oleh enam orang bekas pasukan yang telah berkhidmat dalam pasukan ‘special force’.

BBC Earth menonjolkan kerja-kerja menerbitkan sesuatu filem fakta terkenal dan ia akan membawa penonton menyelusuri perjalanan pengembaraan tersebut. Penonton BBC Player dapat menonton program-program seperti:

David Attenborough’s Natural Curiosities – Dalam siri ini, naturalis, penyiar dan penulis berkenaan akan menonjolkan beberapa evolusi perubahan alam semula jadi dan rasa ingin tahu mengenai kesukaran dan cabaran para saintis.

Steve Backshall’s Extreme River Challenge – Steve Backshall menempuh cabaran paling sukar dalam kariernya: berdepan dengan puak Baliem, Sepanjang pengembaraan, Steve mengenali satu suku kanibal yang terkenal, cuba untuk memerangkap seekor buaya air masin terbesar di dunia dan mencari spesis burung-burung yang tercantik di dunia.
BBC Lifestyle memberi pelbagai inspirasi untuk kediaman, keluarga dan kehidupan. Penonton boleh menonton program-program berikut di BBC Player:

Rachel Khoo Kitchen Notebook: Cosmopolitan Cook – chef TV, Rachel Khoo akan berada di beberapa destinasi yang mempunyai pelbagai jenis masakan terbaik di Eropah dan menunjukkan kepada penonton cara untuk menghidangkan masakan tersebut di rumah.

Kirstie’s Fill Your House For Free (S2) – Kirstie Allsopp seorang pakar hartanah dan hiasan dalaman akan menunjukkan kepada penonton cara terbaik untuk mengubahsuai kediaman mereka tanpa perlu mengeluarkan wang yang banyak. Semuanya hanya perlu dikitar semula – apa yang penting, barang-barang yang dimiliki tidak perlu mahal namun tetap kelihatan cantik dan penuh gaya..
CBeebies disasarkan khusus kepada golongan kanak-kanak pra sekolah, menawarkan suasana ‘pembelajaran sambil bermain’ dengan menampilkan warna-warna menarik dan karakter-karakter lucu serta dapat menarik minat penonton cilik untuk mereka turut berinteraksi bersama karakter-karakter tersebut. Dua program di CBeebies yang terdapat di BBC Player termasuklah:

Go Jetters (S2) – Go Jetters mengikuti pengembaraan empat wira antarabangsa bernama Xuli, Kyan, Lars dan Foz, yang mengembara ke seluruh dunia bersama guru, mentor dan rakan mereka, Ubercorn yang berperwatakan menarik. Setiap episod akan menawarkan kanak-kanak dengan pengalaman yang menyeronokkan dan penuh dengan keunikan dalam dunia geografi yang lebih meluas.

My Pet and Me – Menghimpunkan keseronokan memiliki haiwan peliharaan, siri ini membantu kanak-kanak untuk menghargai nilai terbaik apabila mereka memelihara haiwan pemeliharaan dan menunjukkan rasa tanggungjawab untuk menjaga keperluan di samping juga keseronokkan yang boleh mereka nikmati.
BBC World News, dimiliki oleh BBC Global News Ltd, merupakan saluran berita 24 jam terbitan BBC yang pernah memenangi anugerah, menawarkan liputan berita antarabangsa dan program-program terbaik yang dilaporkan oleh para wartawan dari serata dunia. BBC World News melaporkan berita-berita terkini antarabangsa yang diyakini dengan para wartawannya melaporkan dari jumlah lokasi terbanyak di seluruh pelusuk dunia berbanding saluran lain. Program-program yang terdapat di BBC Player termasuklah:

HARDtalk – Wawancara mendalam dengan soalan hangat dan topik sensitif yang akan diajukan kepada personaliti terkenal dari semua lapisan kehidupan berbicara tentang jatuh bangun dalam kehidupan mereka.

The Travel Show – The Travel Show akan menerokai tempat-tempat menarik di seluruh dunia dan mendapatkan pandangan orang ramai mengenai destinasi-destinasi terbaik untuk dilawati termasuklah tips dan trend terkini. Setiap episod akan memberi fokus kepada isu-isu semasa dan trend terbaharu yang mempengaruhi pilihan para pengembara, daripada satu trip mewah sehingga kepada percutian bajet.
Penonton juga boleh strim dan muat turun kandungan yang pernah memenangi anugerah dan program-program yang mendapat rating tertinggi ini untuk ditonton secara offline selama 30 hari.

HyppTV kini menawarkan kepada para pelanggannya sebanyak 108 saluran dengan 53 saluran dalam Definisi Tinggi (HD) – yang terdiri daripada 49 saluran premium, 26 saluran percuma, 2 saluran Radio, 9 saluran Video-On-Demand dan 22 saluran interaktif dalam pelbagai pakej nilai dan pilihan secara ala-carte. Pelanggan HyppTV juga boleh menikmati dunia hiburan yang telah dihimpunkan melalui HyppTV Everywhere atau Hypp Play, saluran Video-On-Demand yang menawarkan pelbagi siri kandungan di HyppTV bagi tontonan yang menyeronokkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).

Like this Article? Share it!

About The Author

Penulis untuk majalah ROTTW dan Backstage.MY. Juga salah seorang admin grup filem Facebook terhangat, Movie Addict ( https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/ ). Ilustrator / pelukis novel grafik untuk komik ROTTWORLD dan 30 DENYUTAN BINTANG YANG MATI. Masih bujang.

Comments are closed.

%d bloggers like this: