Tuesday, May 23, 2017
BACKSTAGE

Video muzik Deftones – “Prayers/Triangles”

Nazri Ahmadeus April 13, 2016 Music, Video Comments Off on Video muzik Deftones – “Prayers/Triangles”

Chino Moreno tak bergurau bila dia benci membikin video muzik. Bencikan prosesnya.

Kerana itu saya dah malas nak pertikaikan video muzik Deftones yang dibuat dengan malas sekali sehinggakan video liriknya tampil lebih menarik daripada video muzik rasmi.

Dan perkara yang terbaik sekali Chino pernah buat dalam video muzik ialah membenarkan dirinya di’car-jack’ oleh Grady Avenell dalam video muzik Will Haven – “Carpe Diem”.

Saksikan video muzik rasmi Deftones – “Prayers/Triangles” yang merupakan single pertama album terbaru mereka, Gore. Album studio kelapan mereka ini telah beredar sejak 8 April lalu, diterbitkan oleh Matt Hyde dan Deftones, edaran Reprise Records/Warner Music.

Like this Article? Share it!

About The Author

Penulis untuk majalah ROTTW dan Backstage.MY. Juga salah seorang admin grup filem Facebook terhangat, Movie Addict ( https://www.facebook.com/groups/movvie.addict/ ). Ilustrator / pelukis novel grafik untuk komik ROTTWORLD dan 30 DENYUTAN BINTANG YANG MATI. Masih bujang.

Comments are closed.

%d bloggers like this: